picture1.jpg

Maklumat kami

Home | Maklumat kami | Pengurusan | Akademik | Programs | Aktiviti | Kalendar Program | Links | Hubungi kami

SEJARAH
SEK. MEN. VOKASIONAL TG PUTERI

 

SEKOLAH Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru pada sejarah awalnya dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Johor. Sekolah ini dibuka pada awal bulan Mac, 1932 di Batu 2 1/2 Jalan Skudai, Johor Bahru dengan 30 orang murid lelaki Melayu. Pada  peringkat  permulaannya ditempatkan di Istana Mercu Empat yang juga dikenali sebagai Istana Pantai. Bangunan ini telah diruntuhkan dan tapaknya telah dibina bangunan Straits View Hotel yang ada sekarang.

    Pada awal penubuhannya, Sekolah Pertukangan Johor bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid lelaki yang telah tamat pelajaran mereka di sekolah-sekolah 'Vernacular' untuk dilatih dalam kerja-kerja kayu dan jahitan. Pada tahun 1934, sekolah ini telah berpindah ke sebuah bangunan dua tingkat yang pada masa itu telah menjadi bangunan utama Sekolah Menengah Vokasional, Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru. Tempoh latihan yang dijalankan ialah selama tiga tahun dengan tujuan untuk membolehkan orang-orang Melayu berusaha sendiri di kampung-kampung.

  Kursus Binaan Bangunan dimasukkan dalam kurikulum bagi pelajar-pelajar tahun tiga. Taraf pelajaran yang diperolehi oleh pelatih-pelatih dapat dibuktikan daripada kata-kata Jurulatih Kanan, Tuan J.W.Moore sendiri dalam terjemahan berikut:

  Bukti yang menunjukkan murid-murid sekolah ini boleh menjalankan kerja di dalam latihan mereka jelas kelihatan apabila mereka membina bangunan kantin, bengkel, jentera dan bangunan asrama. Sebuah bengkel yang mereka bina daripada konkrit bertetulang telah di bom oleh tentera Jepun. Atapnya hancur sama sekali tetapi bangunan itu tidak binasa”.

  Pada tahun 1939, kursus pendawaian elektrik dan membaiki jentera motor mula diperkenalkan dengan jumlah murid meningkat hingga 180 orang. Murid-murid dikenakan yuran sekolah, Bagi mereka yang tinggal di asrama dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 sebulanecil, sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya hasil daya usaha dan dedikasi Tuan J. W. Moore, Jurulatih Kanan sekolah tersebut semenjak tertubuhnya sehinggalah ke tahun 1946.

        Pada zaman pendudukan Jepun, mata pelajaran yang diajar ialah jahit-menjahit dan pertukangan kayu (jangka pendek). Sekolah ini kemudian telah ditukar menjadi Sekolah Perguruan Jepun (Shihan Gakko). Pada tahun 1948, sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik (Pertukangan) dan kurikulumnya ditukar.

 

 

Mulai tahun 1996, peperiksaan MLVK untuk pelajar-pelajar aliran kemahiran telah dimansuhkan. Sebaliknya pelajar-pelajar kemahiran ini dinilai melaluiProfil Kemahiran’. Penilaian pelajar akan dibuat secara berterusan selama dua tahun yang dibahagikan kepada dua tahap iaitu:

  Tahap 1 – Tahun Pertama

  Tahap 2 – Tahun Kedua

  Mulai tahun 1997, sekolah ini telah menawarkan kursus-kursus kejuruteraan. Dengan itu juga, nama sekolah ini telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Teknik, Jalan Yahya Al Datar, Johor Bahru.

  Sehubungan itu, dua kursus yang baru telah diperkenalkan iaitu:

  -  Pengajian Kejuruteraan Awam

  -  Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 80 orang guru dan 17 kakitangan, bilangan pelajar pula ialah seramai 750 orang

 

 

 

Pada tahun 1998, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru selaras dengan kedudukannya yang terletak di kawasan Tanjung Puteri (Johor Bahru)

 

 

p0003.jpg

p0004.jpg

PENGETUA-PENGETUA SMTTP JB

We have an experienced and dedicated group of teachers and administrators. Each teacher strives to create a supportive and challenging classroom atmosphere to encourage students to participate. We may introduce a teacher on this page, or have a teacher of the month feature like the one below.

Teacher of the Month

p0001.jpg

-

Our School * SMTTPJB  CEMERLANG"